fbpx

Kertas siasatan dakwaan culik murid bakal ke Timbalan Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (tengah) menyaksikan serahan tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak, Ketua Polis Daerah Taiping dan Pengerusi Perkep Daerah Taiping di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kertas siasatan kes dakwaan culik seorang murid di sebuah sekolah rendah di Taman Pinji Mewah di sini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan lanjut dari pelbagai sudut sedang dijalankan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kita akan membuat penilaian daripada pelbagai sudut termasuk jika ada cadangan untuk mendakwa ibu bapa murid berkenaan kerana membuat laporan palsu.

“Buat masa sekarang, kita masih di peringkat melengkapkan kertas siasatan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya ketika ditemui di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik dan Seksyen 182 kanun sama kerana membuat laporan palsu.

Terdahulu, tular di media sosial pada Ahad berhubung insiden cubaan melarikan seorang murid perempuan di hadapan sebuah sekolah rendah selepas laporan polis berkaitan kejadian itu dimuat naik keluarga mangsa di Facebook.

Berdasarkan hantaran itu, murid berusia sembilan tahun bersama seorang rakan dikatakan dihampiri lelaki menaiki van berwarna putih sekitar pukul 1 tengah hari, Jumaat lalu sebelum diajak mengikutnya dan dijanjikan gula-gula.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati dakwaan diculik itu adalah rekaan kanak-kanak tersebut selepas terpengaruh dengan video-video tular berkaitan kes penculikan dan penjualan organ di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI