fbpx
Ebit ketika meninggalkan Mahkamah Majistret Tenom selepas selesai perbicaraan hari terakhir kes gangguan seksual melibatkan dirinya hari ini.

Ebit Lew yakin mahkamah tempat terbaik tuntut kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menganggap bahawa mahkamah merupakan tempat terbaik dalam menuntut kebenaran.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Setahun saya menanti hari mahkamah ini.

“Pelbagai fitnah tidak berhenti yang tidak dapat disebutkan saya tanggung sendiri sejak balik dari Palestin tempoh hari.

“Dengan ke mahkamah ini, saya berharap dapat tahu kebenaran yang sebenarnya,” katanya ketika ditemui selepas selesai hari terakhir sesi perbicaraan gangguan seksual mengaitkan dirinya hari ini.

Tambah Ebit, di mahkamah tidak boleh berlaku sebarang percakapan kosong kerana perlu disertakan dengan bukti kukuh.

“Mahkamahlah tempat yang paling tidak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti dan sekiranya tiada bukti apa sahaja perkara pasti akan ditolak,” jelasnya.

Sementara itu, Ebit memaklumkan beliau berasa sedih kerana perlu melalui perkara seperti itu.

“Sedih sebab kena menanti lagi. Kalau boleh saya nak teruskan Sabtu esok sahaja sampai habis tetapi bukan saya yang tentukan.

“Oleh itu, kami bersetuju meneruskan perbicaraan ini pada Disember,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR