fbpx

Bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara dimusnahkan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak dimusnah dengan menggunakan jentolak di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebuah bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak selepas menceroboh perairan negara pada tahun lalu dilupuskan oleh Maritim Malaysia (APMM) hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Terengganu, Ariffin Ghazali berkata, bot nelayan asing itu dilupuskan dengan dihancurkan komponennya.

Beliau menjelaskan, prosedur melupuskan secara dihancurkan itu dilaksanakan bagi bot nelayan asing beratnya di bawah 70 tan berdaftar kasar (GRT) yang tidak sesuai dijadikan tukun tiruan.

“Sebelum ini, bot nelayan Vietnam tersebut telah berjaya ditahan atas kesalahan menceroboh perairan negara pada 17 Julai tahun lalu.

“Sewaktu ditahan, dua kru bot itu sedang mencandat sotong secara haram pada kedudukan 112 batu nautika dari Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Ariffin berkata, tindakan pelupusan berkenaan diambil mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Tambah beliau, setakat ini, sebanyak sembilan bot nelayan asing telah dilupuskan secara hancur musnah sejak awal tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI