fbpx

‘YouTuber’ beri alasan terpaksa ambil iklan judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ‘YouTuber’ tampil menjelaskan sebab dia menerima tawaran mempromosikan iklan judi.

PETALING JAYA – Seorang pesohor YouTube popular yang pernah dikecam gara-gara kemunculannya dalam sebuah video mempromosikan iklan judi tampil memberi alasan mengapa dia bertindak demikian.

Dia menerusi satu video yang dimuat naik ke laman YouTubenya mendakwa tindakan tersebut terpaksa dilakukan kerana ketika itu pihaknya sedang ‘dikejar’ oleh pengutip cukai.

“Saya ambil masa itu sahaja, dua episod itu sahaja sebab pengarahnya Islam dan pada masa sama kena kejar cukai pendapatan,” katanya dalam hantaran baru-baru ini.

Menurutnya lagi, keadaan tersebut dianggap ‘darurat’ dan dia mengakui kesilapannya itu.

“Masa itu darurat dan saya tahu itu salah, saya minta maaf,” ujarnya.

Dalam pada itu, ramai yang beranggapan tindakan ‘YouTuber’ terbabit adalah salah dan tidak menghalalkan cara walaupun dia dalam keadaan terdesak.

“Niat tak menghalalkan cara,” komen Taro.

“Kena kejar dengan ‘income tax’, terpaksa ambil kerja iklan judi, kelakar jawapan dia, dalam darurat boleh beli maca-macam dan bermewah pula,” perli seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI