fbpx

Penipuan genius, rompakan elit Mencari Raden Saleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Mencuri Raden Saleh (MRS) menampilkan enam sekawan yang terlibat komplot pencurian sebuah lukisan berharga dan cara terbaik berdepan penipuan serta pengkhianatan.

DALAM dunia perfileman, naskhah yang mengangkat elemen rompakan atau pencurian (heist) memang banyak dihasilkan. Genre tersebut tidaklah asing bagi penonton.

Cuma untuk pasaran Asia Tenggara khususnya, naskhah sebegitu jarang ditemui apatah lagi dibikin, termasuklah di negara ini.

Kini, Indonesia bagaimanapun boleh berbangga apabila naskhah seumpama itu sudah pun dihasilkan. Sentuhan pengarah Angga Dwimas Sasongkom naskhah berjudul Mencuri Raden Saleh (MRS) juga memasuki pawagam tempatan sejak 22 September lalu.

KEHADIRAN watak Sarah yang handal berlawan dalam MRS menjadi nilai tambah untuk babak aksi yang mendebarkan.

Dengar sahaja genrenya, pasti ada timbul rasa teruja. Manakan tidak, jika sebelum ini, Indonesia dilambung kerana genre lain tetapi Angga berani tampil dengan elemen yang jauh berbeza dan jarang diteroka.

Maka naskhah ini boleh dijadikan filem alternatif lain untuk pilihan penonton.

Seperti visi pengarahnya, Angga Dwimas Sasongko, cuba lari daripada genre tipikal filem Indonesia dengan sebuah karya berunsur rompakan atau pencurian (heist) yang jarang berkembang di negaranya.

Ternyata, barisan pelakon muda berbakat dan naratif menarik nampaknya berhasil memadam segala tanggapan negatif terhadap MRN.

MRS mengisahkan enam anak muda terlibat dalam sebuah projek pencurian lukisan berharga di Indonesia, Penangkapan Pangeran Diponegoro karya maestro Raden Saleh yang disimpan di Istana Presiden.

PERSAHABATAN, kepercayaan dan kerjasama menjadi tunjang kuat yang dipaparkan dalam MRS.

Rompakan genius

Mengangkat pesalah (pencuri) sebagai pelaku utama sekali gus watak protagonis, MRS membawa penonton berfikir tentang bagaimana caranya untuk memastikan setiap yang terlibat dengan rompakan tersebut tidak tertangkap.

Sepanjang filem, penonton tidak hanya disajikan tentang strategi enam sekawan merancang untuk mencuri sebuah aset negara tetapi lebih dari itu.

Hubungan antara kesemua watak yang dijelmakan dalam filem ini menjadi tiang paling kuat yang mengukuhkan jalan cerita MRS.

Setiap watak ditonjolkan dengan baik meskipun adakalanya kurang seimbang. Piko dan Ucup (Angga Yunanda) sebagai sahabat serta kekasihnya, Sarah (Aghniny Haque), trio yang mengawali jalan cerita dengan introduksi tentang diri masing-masing.

Sehinggalah diperkenalkan tiga lagi watak yang terlibat dalam pencurian iaitu Gofar (Umay Shahar), Tuktuk (Ari Irham) dan Fella (Rachel Amanda).

Cuma dari segi garapan, terdapat beberapa kelompongan yang terlihat jelas, antaranya durasi tayangan sedikit panjang dan awal cerita bergerak perlahan.

HUBUNGAN antara kesemua watak yang dijelmakan dalam filem ini menjadi tiang paling kuat yang mengukuhkan jalan cerita MRS.

Sejurus memasuki rencana pencurian, barulah debaran demi debaran disajikan tanpa henti sehingga ke klimaks, ditambah pula dengan banyak plot twist yang tak terjangka.

Pilihan menggabungkan enam pemain dalam sebuah jalan cerita juga membuatkan filem sesak dan padat tetapi menurut Angga, dia ada alasan tersendiri.

Katanya, pemilihan anam anak muda yang memiliki pengaruh dan populariti dalam media sosial itu dibuat demi keluar daripada tanggapan tipikal industri.

Meskipun ada yang beranggapan jika terlalu banyak plot twist, jalan cerita terlihat melelahkan, namun mungkin itu resipi yang dipegang Angga agar filemnya sarat aksi tidak terduga.

Agak sulit meringkaskan sebuah jalan cerita yang panjang dan sarat kejutan dalam sebuah penulisan ringkas tetapi secara ringkasnya, MRS yang bernuansa lokal mampu memikat penonton dengan alur cerita yang menarik dan babak aksi mendebarkan sebagai hiburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI