fbpx

Jalinan kerjasama Petronas, Mercedez AMG hingga 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU MUHAMMAD TAUFIK (kiri) bersama Wolff menunjukkan dokumen pembaharuan hak milik dan perkongsian teknikal antara PETRONAS dan Mercedes-AMG di Kuala Lumpur semalam. – FARIZ RUSADIO

PERATURAN baharu enjin F1 bagi tempoh empat tahun lagi memastikan Petronas dan Mercedes-AMG melanjutkan kerjasama bermula 2026 hingga 2030.

Peraturan baharu itu me­nyaksikan enjin jentera F1 bakal menggunakan bahan api yang dihasilkan daripada biofuel.

Justeru, Petronas mengambil langkah awal melanjutkan kerjasama untuk membangunkan bahan api terbaik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, pihaknya berbangga dapat meneruskan kerjasama ini untuk membangunkan bahan api terbaik dalam F1.

“Pengalaman dalam satu pa­sukan sejak sedekad lalu, dan keupayaan teknikal serta kepakaran daripada gabungan bakat kami, Petronas harap melakar bab seterusnya dengan tumpuan kepada bahan api mampan termaju untuk Mercedes” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff teruja dengan kerjasama itu yang berlanjutan dua dekad selepas bersama Petronas sejak 2010.

“Ini memberi mesej penting kepada kami dan Petronas bukan sekadar rakan kongsi, kami adalah keluarga dan kami menjadi satu pasukan untuk beberapa tahun akan datang,” kata Wolff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI