fbpx

Carilamat Atok Ithnin ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaum keluarga serta penduduk kampung mendengar taklimat Carilamat Ithnin Warsan warga emas yang hilang di Kampung Tungku Tiga, Segamat.

SEGAMAT – Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) untuk mengesan seorang warga emas yang hilang di Kampung Tungku Tiga, Segamat ditamatkan semalam, di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, operasi diaktifkan selama tujuh hari mulai Rabu lalu ditamatkan kerana masih gagal menemui sebarang petunjuk keberadaan mangsa, Ithnin Marsan, 79.

“Sektor keseluruhan pencarian bagi operasi sepanjang bermula Rabu lalu merangkumi kawasan seluas lebih lima Kilometer persegi.

“Beberapa aset sudah diatur gerak sepanjang operasi iaitu pengunaan dron, anjing pengesan (K9) polis Segamat, kumpulan motor cross, kenderaan pacuan empat roda bomba Bandar Baru Segamat.

“Kita menggerakkan Ops Carilamat sebaik menerima laporan berkaitan kehilangan mangsa dan sehingga hari semalam iaitu hari ketujuh operasi berikutan tiada sebarang petunjuk ditemui,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, penamatan operasi pada 28 September itu selepas pemantauan menyeluruh oleh pihak berkuasa.

“CariLamat di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Tungku Tiga ditamatkan pada pukul 5 petang semalam.

“Pihak berkuasa dan penduduk kampung seramai kira-kira 100 orang telah sama-sama membantu dalam pencarian mangsa,” katanya ketika ditemui di Kampung Tungku Tiga di sini, semalam.

Hasrin Kamal meminta komuniti penduduk setempat dan orang ramai yang mempunyai maklumat warga emas terbabit menghubungi talian polis Segamat 07-9312222 atau balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI