fbpx

25 PATI warga Myanmar gagal seludup masuk negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 25 PATI warga Myanmar diberkas ketika cuba menyusup masuk ke negara ini menggunakan laluan tikus dekat Kuala Nerang pada semalam.

KUALA NERANG – Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan ketika cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui laluan tikus berdekatan Loji Rawatan Air Kota Putra dekat sini, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.20 pagi ketika anggota melakukan tugas rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

“Pasukan berjaya mengesan pergerakan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan yang cuba bersembunyi di kawasan hutan berhampiran loji rawatan air.

“Anggota bertugas seterusnya bertindak menjejaki kumpulan individu tersebut dan berjaya menahan 25 PATI warga Myanmar yang cuba masuk ke negara ini melalui sempadan negara dengan menggunakan laluan tidak sah,” katanya.

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan mendapati mereka terdiri daripada 19 lelaki dan enam wanita berusia antara 17 hingga 45 tahun serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Kita turut merampas 19 telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Malaysia, Myanmar dan Thailand bernilai RM2,893.29, 21 kad pengenalan warga Myanmar dan 27 beg galas dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM12,393.29,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI