fbpx

Saya belum berniqab sepenuhnya – Aprena Manrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APRENA MANROSE yang kini berimej muslimah.

PETALING JAYA – Menerima pujian ramai apabila dilihat mula berniqab, pelakon Aprena Manrose tampil membuat pencerahan dirinya belum sepenuhnya ke arah penampilan sebegitu, sebagaimana dakwaan ramai.

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, bagaimanapun berterima kasih atas semua doa yang dititipkan orang ramai terhadap penampilan tersebut.

Dia mengakui masih dalam proses belajar ke arah menjadi muslimah sebenar dan mendalami agama sebaik-baiknya.

“Terima kasih atas doa yang diberi tetapi saya masih lagi belum berniqab sepenuhnya. Berpakaian begitu kerana belajar ilmu agama.

“Masih belajar dan hanya cuba-cuba sahaja, teruskan doa yang baik-baik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambah pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu, salah faham tersebut tercetus selepas dia muncul dengan memakai niqab ketika menghadiri sebuah majlis agama baru-baru ini.

“Foto tersebut diambil ketika saya ke sebuah majlis agama. Mungkin ada yang salah faham tetapi doakanlah saya berubah ke arah itu.

“Bagusnya ialah ramai mendoakan dan ada menyuarakan hasrat untuk mengikuti kelas agama yang saya pergi.

“Sangat terharu dengan respons ramai dan berharap mereka terus doakan saya kekal istiqamah melakukan benda baik insya-Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, foto dan videonya memakai niqab dalam persalinan berwarna hitam tular dalam aplikasi TikTok.

Perkara tersebut seterusnya meraih pujian ramai yang rata-ratanya mendoakan dia kekal dengan imej sebegitu.

Antara selebriti wanita popular yang telah berhijrah memakai niqab ialah Neelofa, Waheeda dan Diana Amir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI