fbpx

Polis siasat lanjut cubaan culik pelajar sekolah berusia 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung laporan cubaan culik seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya mengesan beberapa posting di media sosial mengenai pelajar berusia 17 tahun hampir menjadi mangsa culik hari ini.

Tangkap layar hantaran yang tular di media sosial.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati pihaknya menerima laporan polis pada 23 September lalu.

“Berdasarkan laporan itu menyatakan seorang individu dikatakan berkelakuan mencurigakan keluar dari sebuah kereta semasa pelajar tersebut berada di sebuah perhentian bas.

“Namun dari siasatan awal tiada sebarang cubaan culik berlaku seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, pihak polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut tentang laporan polis tersebut bagi mengesahkan kejadian sebenar yang berlaku itu.

Justeru, Ahmad Ridhwan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, tular di media sosial menyatakan mangsa cuba ditarik masuk ke dalam kereta Persona berwarna putih namun berjaya melepaskan diri dan lari ke dalam padang.

Dalam kejadian di sebuah sekolah menengah itu dikatakan pelakunya memakai topeng muka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI