fbpx
CRUSH

Lagu popular tapi Crush tak suka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA tahun lalu ketika drama Goblin mencipta fenomena seluruh dunia, lagu-lagu runut bunyi naskhah berkenaan turut mencipta magis serupa, termasuk Beautiful nyanyian Crush.

Lagu itu sukses. sayangnya populariti yang diraih membuatkan Crush enggan menyanyikan lagu sendiri.

Semuanya gara-gara memberontak kerana haluan muzik pilihan sangat berbeza dengan genre lagu Beautiful.

Meskipun ramai mengagumi lagu tersebut dan tumpang gembira dengan kejayaannya, namun Crush langsung tidak pedulikan semua itu.

“Waktu itu penerimaan Beautiful sangat hebat, tetapi saya rasa lain.

“Latar belakang saya, buat lagu dengan artis underground, macam Giri Boy, Zion. T dan Beenzino.

“Tetapi lagu Beautiful yang bergenre balada pula diterima jauh lebih baik berbanding lagu lain. Ada satu masa, saya pernah diserang panik sehinggakan tidak boleh menyanyikan lagu itu,” ujarnya.

POPULAR