fbpx

Heyri kejutkan hari lahir kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYERI

SELEPAS beberapa tahun menjalin cinta, hubungan pasangan popular, Hyeri dan kekasihnya, aktor Ryu Jun-yeol ternyata masih utuh.

Manisnya, pasangan itu juga bersikap terbuka menjalani kehidupan sebagai kekasih meskipun bergelar selebriti popular.

Contohnya baru-baru ini, Hyeri ada membuat kejutan istimewa buat Jun-yeol sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-36 aktor itu pada 25 September lalu.

Pelakon itu memesan sebuah trak minuman kopi ke set penggambaran drama lakonan Ryu-yeol berjudul Money Game selain turut turun padang ke lokasi berkenaan.

“Selamat hari lahir sayangku Ryu Jun-yeol. Daripada peminat nombor satu awak,” ucap Hyeri pada tulisan yang tertera pada trak tersebut.

Hyeri menghantar trak tersebut untuk memberi sokongan terhadap pasukan produksi drama berkenaan.

Pasangan itu yang sama-sama berlakon dalam drama popular Reply 1988 mengesahkan bercinta sejak 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI