fbpx
INTAN LEMBATA BUNTING.

Antara mistik dan misteri Rehan yang ‘syulit’ dilupakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Dalam kehangatan impak viral bait lirik “Begitu syulit lupakan Rehan, apa lagi Rehan baik”, terselit sisi misteri mengenai pendedahan berani gadis yang memuat naik video TikTok itu, Intan Lembata Bunting.

Menerusi temubual bersama YouTuber dan penyanyi, Angga Candra, pemilik nama penuh Intan Sriastuti yang berasal dari Nusa Tenggara Timur itu memaklumkan dia pernah 16 kali hamil anak lelaki tersebut.

Seakan kenyataan awalnya di sebuah program TV yang memaklumkan hanya mengenai Rehan hanya dalam mimpi, kali ini dia menyatakan kepada Angga detik kehamilan dilalui berlaku di alam lain.

Dia yang mengenali lelaki berkenaan sejak lebih setahun lalu berkata pertemuan kali pertama dalam mimpi itu berlaku di hutan yang dipenuhi pokok jagung.

Sudah pasti Angga terkejut mendengar pengakuan tersebut seterusnya bertanya sama ada Rehan wujud atau sebaliknya.

Begitupun, gadis berkenaan hanya membalas persoalan dengan jawapan yang sukar untuk ditafsirkan.

“Percintaan yang ada tapi tidak ada. Cinta itu bagi aku benar tapi bagi orang lain tidak,” itu maklumbalas Intan.

Susulan dakwaan hamil anak Rehan sebanyak 16 kali itu, rata-rata meninggalkan komen yang merasakan kisah Rehan semakin misteri berbaur mistik, bukan lagi lucu seperti ketika mula-mula viral.

Terdahulu lagu Cukup Dikenang Saja nyanyian asal kumpulan The Junas Monkey yang ditukar lirik tular di TikTok di bawah akaun Intan Lembata.

Selain disampaikan dengan ekpresi serta suara manja, perkataan sulit yang disebut secara pelat iaitu diubah kepada ‘syulit’ juga menambahkan keunikan nyanyian semulanya.

Lirik lagu Cukup Dikenang Saja yang diubahnya memang tidak menampilkan perkataan Rehan, sebaliknya Intan mengganti ‘kamu’ menjadi Rehan.

Tidak hairan apabila video berdurasi 15 saat yang dikongsi gadis berusia 21 tahun itu meraih hampir 50 juta tontonan sejak dimuat naik di akaun tersebut.

Sekaligus membuatkan Intan menjadi popular dan diundang ke beberapa stesen televisyen untuk berkongsi identiti Rehan.

Wanita berhijab itu juga mengakui tidak sangka video nyanyian yang dimuatnaik menerusi ruangan Story TikTok menjadi viral dalam sekelip mata hingga ke Malaysia.

Malah video viral itu membawa tuah kepadanya yang dilihat meraih jumlah pengikut TikTok secara mendadak hingga mencecah 1.3 juta orang.

Akaun berkenaan kini menjadi lubuk untuk Intan menjana pendapatan apabila ramai pengusaha memberi kepercayaan kepadanya membuat reviu produk. – KOSMO! ONLINE

POPULAR