fbpx

Sembilan pemuda ditahan gaduh guna senjata tajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Sembilan lelaki warga tempatan ditahan susulan satu pergaduhan di sebuah kawasan pusat hiburan di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.43 pagi itu, beberapa orang daripada lelaki tersebut turut cedera akibat dipukul dengan menggunakan objek tajam.

“Siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan oleh perselisihan faham sebelum berlaku insiden pukul memukul.

“Kesemua yang terlibat dan mengalami kecederaan kemudiannya dirawat di Hospital Bukit Mertajam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cheng San memberitahu, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan antara 17 hingga 32 tahun itu kini tahan direman selama empat hari bermula daripada tarikh mereka ditahan.

Tambanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI