fbpx

Premis makanan sejuk beku degil curi elektrik diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (kanan) menunjukkan gambar premis perniagaan makanan sejuk beku di Hutan Melintang yang diserbu semalam kerana didapati melakukan pengubahsuaian meter TNB bagi tujuan mencuri elektrik.

IPOH – Walaupun telah dikompaun lima kali atas kesalahan mencuri elektrik, sebuah premis perniagaan makanan sejuk beku di Hutan Melintang masih berdegil apabila dikesan melakukan kesalahan sama.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar dalam serbuan oleh Bahagian Risikan Operasi/Rekod (D4), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dibantu Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, serbuan ke atas premis itu selepas disyaki menggunakan elektrik secara haram melalui penyambungan dan pengubahsuaian wayar di bilik pencawang elektrik TNB.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat pintasan pada litar arus pendua S1 dan S2 bagi ketiga-tiga fasa pada terminal alat ubah dengan menggunakan wayar asing.

“Dalam serbuan itu, kita telah merampas plastik berisi wayar asing berwarna hitam yang disambung dengan kotak berwarna merah dan kunci dipercayai kunci pagar terminal alat ubah yang diserahkan oleh team SEAL TNB.

“Siasatan mendapati, premis ini mula menjalankan kegiatan curi elektrik sejak 2016 dan pernah dikompaun oleh TNB sebanyak lima kali dengan setiap kompaun bernilai RM20,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, anggaran kerugian yang ditanggung TNB akibat kegiatan tersebut berjumlah RM1.3 juta yang direkodkan sejak 2019.

“Mereka ini mengubah suai meter TNB bagi tujuan mengurangkan bil elektrik. Mereka tetap bayar bil elektrik, tetapi dalam nilai yang kurang berbanding jumlah asal.

“Jika bayaran bulanan bil elektrik adalah sebanyak RM90,000, tetapi disebabkan tindakan curi elektrik ini, mereka bayar bil berjumlah RM15,000 sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI