fbpx
MEDIA Sosial membolehkan pemasaran fesyen dilakukan secara efektif.

Pemasaran fesyen guna pengaruh media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Media sosial merujuk kepada media dalam bentuk video, audio, imej dan teks yang kita cipta, terima dan kongsi dalam ruang laman sosial seperti laman hosting video, blog dan rangkaian jaringan sosial.

Rangkaian sosial juga merujuk kepada cara individu dan kumpulan tertentu berinteraksi dan berkomunikasi secara online.

Laman media sosial seperti Instagram, Twitter, Tik Tok, Facebook, LinkedIn, Pintrest, Google+, Flickr dan banyak lagi, termasuklah Weibo (elemen hibrid seperti Facebook dan Twitter) serta cukup popular di negara China atau Line yang merupakan rangkaian sosial terbesar di Jepun.

Sememangnya, rangkaian media sosial mampu mewujudkan profil, berkongsi kandungan, memuat turun status terbaharu, memberi komentar dan mengikuti halaman media sosial sesiapa sahaja.

Media sosial kini digunakan sebagai strategi pemasaran fesyen dengan cukup meluas. Ia menawarkan peluang untuk mengetahui pandangan, pilihan, kesukaan dan aspirasi pelanggan tanpa seperti terlalu memaksa atau mengganggu.

1.Cara paling efektif

Media sosial menyediakan perniagaan fesyen satu mekanisme bagaimana mendapatkan informasi serta maklum balas dengan begitu mudah daripada pelanggan.

Ia juga boleh digunakan untuk membangun dan meningkatkan profil perniagaan, reputasi serta menambah jumlah pengikut, peminat, pelanggan dan rakan kongsi.

Media sosial penting kerana ia adalah cara paling efektif, terpantas menjadikan berita terkini jenama fesyen tersebar secara viral kepada khalayak yang besar.

2. Strategi pemasaran fesyen di era digital

Cara pelanggan menggunakan media sosial untuk mendapatkan informasi tentang sesuatu jenama fesyen atau apa sahaja telah berubah secara dramatik.

Mereka yang mahu berjaya dalam pemasaran fesyen perlu memahami bagaimana untuk mendekati dan berkomunikasi dengan pelanggan secara online.

Internet komunikasi antara jenama fesyen dan seluruh lapisan pelanggan berlaku serentak di seluruh dunia dan disampaikan dengan pendekatan 360 darjah.

Setiap pendekatan kempen terkini promosi jenama dan produk fesyen juga perlu disokong serta selari dengan setiap elemen media sosial, yang mana boleh diukur, dikaji dan dijejaki keberkesanannya.

MEDIA sosial juga memberi peluang kepada pengusaha fesyen untuk menilai sejauh mana jenama mereka memenuhi permintaan pasaran tempatan dan global.

3. Pemasaran berkos efektif

Landskap media sosial sememangnya berkembang pesat dan ia akan terus memainkan peranan utama dalam industri fesyen kini dan masa hadapan. Ia membawa pelbagai pengaruh, inspirasi, keunikan dan pilihan luas untuk pelanggan.

Ia memberi kita peluang untuk mengukur sejauh mana sesuatu jenama fesyen dan produk pelbagai kategori dalam memenuhi permintaan atau kehendak pasaran tempatan dan global.

Ia turut menjadi trend terkini, kunci perkataan carian di internet dan komunikasi antara pempengaruh dan pelanggan.

Media sosial juga menyediakan kaedah pemasaran fesyen global yang berkos efektif dan mudah, terutamanya bagi jenama dan perniagaan fesyen yang kecil.

4. Elemen utama pemasaran

Kunci kejayaan dalam strategi pemasaran melalui media sosial adalah apabila kita meletakkan cita rasa dan kehendak pelanggan sebagai elemen paling utama dalam apa jua yang dilakukan dalam perniagaan.

Ini bagi memastikan aspirasi serta mesej yang disampaikan ke seluruh media sosial, sentiasa selari dengan konsep dan nada jenama fesyen kita.


PELANGGAN menggunakan media sosial untuk mendapatkan informasi tentang sesuatu jenama fesyen atau apa sahaja telah berubah secara dramatik.

5. Jamin perniagaan jangka panjang

Perlu kefahaman serta penyelidikan tentang bagaimana media sosial global berfungsi supaya mudah untuk kita berjaya memasarkan produk dengan lebih efektif dan cekap.

Selain itu, perlu juga memperhalusi tentang keberkesanan imej, video atau kandungan yang kita paparkan di media sosial.

Adakah ia dapat membuatkan pelanggan tertarik untuk membincang, berkongsi pendapat tentang produk tersebut dan seterusnya membuat pembelian?

Strategi pemasaran melalui media sosial jenama fesyen juga perlu ada integriti dan jujur kepada pelanggan, bagi menjamin keutuhan perniagaan jangka panjang.

Produk dihasilkan juga perlu ada nilai dari segi rekaan, kualiti dan servis ditawarkan kepada pelanggan.

———————————————————————————————————————
FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN