fbpx

Jakim anjur solat jenazah ghaib buat Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi di tiga buah masjid utama Jakim selepas solat Isyak malam ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, ia akan diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

“Kami juga ingin menjemput semua Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara agar turut sama mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum.

“Jakim menzahirkan ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Dr. Yusof Al-Qaradawi yang meninggal dunia pada usia 96 tahun di Doha, Qatar semalam.

“Almarhum yang juga Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 1431H/2009,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar beliau, pemergian Almarhum merupakan suatu kehilangan yang amat besar buat dunia.

Hakimah berkata, jasa Almarhum khususnya dalam dunia keilmuan, pemikiran dan dakwah sangat memberi kesan terhadap perkembangan dan kemajuan umat di seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI