fbpx

[VIDEO] Tragedi helikopter TLDM: Wan Rezaudeen dikebumi, anak berterusan panggil ‘daddy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri Allahyarham, Alia Amalina serta anak lelakinya, Wan Alyan (kanan) tidak dapat menahan sebak ketika mengiringi jenazah Wan Rezaudeen yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah kira-kira pukul 10.20 malam tadi. Turut mengiringi jenazah adalah bapanya, Wan Zainal (kanan). FOTO oleh AMIR KHALID KOSMO!

GOMBAK – Jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, kira-kira pukul 10.20 malam tadi.

Kira-kira 200 individu hadir mengiringi jenazah Wan Rezaudeen yang terdiri daripada rakan-rakan, ahli keluarga terdekat serta isteri, Alia Amalina Mohd Nor dan anak lelakinya, Wan Alyan Riz yang tidak putus-putus memanggil ‘daddy’.

Jenazah dibawa dari Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati usai selesai solat jenazah oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan orang awam.

Istiadat pengembumian dilakukan mengikut tradisi TLDM.

Selesai pengkebumian, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan Ensign TLDM kepada keluarga Allahyarham.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, TLDM mengesahkan 10 anggota meninggal dunia susulan tragedi dua buah pesawat bertembung di udara dalam kejadian di Pangkalan TLDM, Lumut, Selasa lalu.

TLDM menerusi kenyataan berkata, insiden tersebut berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI