fbpx

600,000 tanda tangan diterima bantah GEG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vape dikatakan dapat produk yang membantu mengurangkan ketagihan merokok dalam kalangan perokok. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua badan industri vape iaitu Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) dan Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) menggesa kerajaan mendengar suara industri serterusnya mengkaji semula Dasar Penamat Generasi (GEG)  ekoran bantahan daripada orang ramai yang semakin banyak diterima mengenainya.

Sehingga kini, petisyen awam mengenai Malaysia Bersuara juga telah memperoleh lebih 600,000 tandatangan membantah mengenai GEG.

Dua badan tersebut secara konsisten menyeru agar GEG dikaji semula dengan teliti kerana ia akan membawa impak yang besar kepada industri.

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Vape Malaysia, Ridhwan Rosli berkata, sejak GEG pertama kali dicadangkan awal tahun ini, ramai pemain industri vape telah berkongsi kebimbangannya kerana dasar ini akan memberi kesan yang signifikan terhadap industri kami. 

“Selain menjejaskan usahawan bumiputera, GEG menetapkan pendirian yang sangat salah dan negatif terhadap vape yang selama ini telah digunakan secara meluas sebagai alat untuk berhenti merokok oleh perokok.

 

“Petisyen ini telah berjaya mendapat sokongan dengan memperolehi 600,000 tandatangan membuktikan ramai masyarakat  juga berkongsi sentimen yang sama seperti kita, kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak boleh mengabaikan suara orang ramai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, pandangan tersebut turut disuarakan oleh MVIA yang mana persatuan itu menjelaskan bahawa ia telah cuba untuk melibatkan diri dengan KKM dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC), tetapi tidak berjaya.

Presiden MVIA, Rizani Zakaria menerangkan, pihaknya telah bertemu dengan PSSC dan permintaan mereka  tidak diendahkan.

“Penyerahan surat kami kepada Menteri KKM dan ahli PSSC juga tidak didengari walaupun telah banyak rayuan kami lakukan.

“Kini dengan maklum balas yang diterima daripada petisyen tersebut, suara setengah juta rakyat  tidak boleh diabaikan. 

“KKM dan PSSC mesti faham bahawa dasar ini memberi kesan kepada banyak lapisan rakyat . Mereka tidak boleh terus mendengar individu dan kumpulan anti-vape sahaja. 

“GEG memberi impak kepada banyak lapisan masyarakat, oleh itu, ia harus dikaji dan dibincangkan dengan semua pihak sebelum keputusan dibuat,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI