fbpx

Suria FM nak bagi duit, belanja makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK setakat belanja makan dan bersantai bersama pendengar, Suria FM turut menawarkan sebahagian daripada RM70,000 menerusi peraduan Morning Morning Suria Nak Bagi Duit sehingga 28 Oktober depan.

SEPERTI kebiasaan, stesen radio popular Suria FM sekali lagi kembali mengambil inisiatif mendekatkan barisan para penyampai bersama pendengar tersayang.

Terbaharu, Suria FM membawakan penyampai segmen Morning Mor­ning Suria iaitu Shuib, Ajak dan Suraya bertemu pendengar menerusi program Jelajah Morning Morning Suria Belanja Makan.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, program tersebut merupakan kesinambungan siri Jelajah 90 Suria yang diadakan sepanjang Ogos lalu.

“Menerusi program kali ini, lokasi yang dipilih adalah yang tidak pernah dikunjungi sebelum ini.

“Aktiviti ini bertujuan mendekatkan pendengar dan juga barisan penyampai Suria FM khususnya Shuib yang baru sahaja menjadi ahli keluarga kami,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah DJ Lin, tidak setakat makan bersama, pendengar bertuah turut berpeluang membeli barangan eksklusif Suria dengan harga promosi sekali gus memenangi sebahagian daripada wang tunai RM5,000 sewaktu acara berlangsung.

SURIA FM kembali mendekatkan penyampai Morning Morning Suria menerusi Jelajah Morning Morning Suria Belanja Makan yang berlangsung di tiga negeri terpilih. – Foto IHSAN SURIA FM

“Setakat ini, dua lokasi yang membabitkan negeri iaitu Kelantan dan Terengganu telah pun kami terjah.

“Pada 24 September (Sabtu) lalu, penyampai Morning Morning Suria telah pun singgah ke Ayang Café dan makan tengah hari di Make@Tunjung sebelum makan malam bersama lebih 100 pendengar terawal di D’Perahu Seafood, Kuala Terengganu.

“Semalam (Ahad) pula, pendengar bertuah berpeluang bersarapan dan bersantai bersama penyampai di Nasi Dagang Atas Tol 1, sebelum makan tengah hari di Aurora Coffee House, Dungun, Terengganu,” katanya.

Ujar DJ Lin yang popular menerusi segmen Suria Cinta, jelajah akan diteruskan pada 1 Oktober ini di Roti Canai Kayu Arang dan seterusnya makan tengah hari di Asam

Pedas Pak Man serta makan malam di The Wau, Melaka.

Selain itu, pendengar Suria FM turut berpeluang memenangi sebahagian daripada RM70,000 hingga 28 Oktober ini menerusi peraduan Morning Morning Suria Nak Bagi Duit yang telah pun bermula pada 12 September lalu.

Ujar DJ Lin, dengan tagline, ‘dengar, ingat dan ulang’, pendengar perlu mendengar lima lagu terpilih yang dimainkan sepanjang hari bermula dari pukul 6 pagi hingga 1 pagi menerusi segmen Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

“Selepas isyarat memanggil ke udara, pendengar perlu menjadi pengirim Whatsapp kelima menerusi talian 017-896 1053 berserta butiran nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat e-mel dengan tanda pagar #MorningMorningSuriaNakBagiDuit.

“Penyampai Suria kemudiannya akan menghubungi penghantar bertuah dan mereka perlu sebutkan lima tajuk lagu berserta nama penyanyi dengan betul.

“Wang tunai RM250 akan diberikan untuk jawapan yang betul. Jika salah, wang tersebut akan dibawa ke segmen berikutnya. Jika pemanggil dihubungi pada waktu bonus, mereka berpeluang memenangi wang tambahan sebanyak RM1,000,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI