fbpx

SK Kempadang 3 finalis terbaik World’s Best School

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Kempadang, Kuantan

PETALING JAYA – Sebuah sekolah rendah di Kuantan, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang mengharumkan nama negara setelah dicalonkan sebagai tiga finalis teratas bagi kategori Inovasi dalam World’s Best School yang menawarkan hadiah AS$250,000 (RM1.15 juta).

Ia bagi mengiktiraf usaha sekolah berkenaan yang telah mencipta sistem penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid.

Anugerah World’s Best School yang dilancarkan tahun ini oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Accenture dan American Express meraikan peranan penting sekolah-sekolah di seluruh dunia dalam lima kategori iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Persekitaran, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyemai Hidup Sihat.

Ia bertujuan berkongsi amalan terbaik sekolah-sekolah yang mentransformasikan kehidupan murid mereka dan membawa perubahan sebenar kepada komuniti.

Pemegang Amanah & Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada SK Kempadang.

“Kecemerlangan sekolah ini akan menjadi inspirasi kepada para pendidik di seluruh dunia dan menjadi adalah bukti berterusan bahawa sekolah awam kita mampu menjadi antara yang terbaik di dunia.

“Kami berbesar hati bekerjasama dengan T4 Education dalam menyokong penganjuran anugerah ini, yang mengiktiraf, menggalakkan transformasi  dari bawah ke atas dan mewujudkan komuniti global yang belajar daripada satu sama lain, serta mencipta gelombang impak positif terhadap murid di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif LeapEd Services, Nina Adlan Disney yang mereka bentuk dan melaksanakan Program Sekolah Amanah di SK Kempadang berkata, kejayaan tersebut merupakan bukti bahawa transformasi sekolah secara menyeluruh boleh dicapai.

“Matlamat kami ialah untuk membangunkan kapasiti dan memperkasa sekolah-sekolah untuk menghasilkan sendiri solusi inovatif bagi cabaran yang mereka hadapi secara proaktif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI