fbpx
DALOT (tengah) meledak dua gol ketika membantu Portugal menewaskan Republik Czech pada aksi Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam. – AFP

Portugal hampiri slot empat terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE – Portugal berada pada landasan tepat untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas merakam kemenangan bergaya 4-0 ke atas Republik Czech awal pagi semalam.

Kemenangan di Stadium Si­nobo itu membolehkan Portugal mendahului Kumpulan A2 de­ngan 10 mata, dua mata ­me­ng­atasi pasukan tempat ke­dua, Sepanyol dalam baki satu lagi aksi selepas ini.

Empat gol Portugal dalam aksi itu diperoleh menerusi dua ja­ringan Diogo Dalot dan masing-masing satu daripada Bruno Fernandes serta Diogo Jota.

“Ia satu perasaan yang unik apabila dapat membantu negara saya memenangi perlawanan. Apatah lagi kami sedar ia tidak mudah memandangkan kami bermain di laman lawan dan mereka juga bukan pasukan yang mudah dijinakkan.

“Kami dapat memulakan perlawanan ini dengan baik yang akhirnya membolehkan saya menjaringkan gol. Selepas gol itu, segalanya kelihatan mudah buat kami.

“Tahniah kepada semua rakan sepasukan kerana kami memang berhak meraih kemenangan ini. Sekarang masa untuk mengecas semula ‘bateri’ sebelum aksi seterusnya,” kata Dalot.

Skuad bimbingan Fernando Santos itu hanya memerlukan keputusan seri bertemu Sepa­nyol di Stadium Braga Municipal pada Rabu ini untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Kekuatan kedua-dua pasukan dilihat seimbang apabila Portugal dan Sepanyol hanya mampu mencatat keputusan seri dalam empat pertemuan terakhir sejak terikat 3-3 pada aksi Kumpulan B Piala Dunia 2018. – AGENSI

POPULAR