fbpx

Pesawat kargo terjunam ke tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT Boeing 737 merempuh landasan ketika mendarat pada waktu malam di lapangan terbang Montpellier. - AFP

PARIS – Pihak berkuasa Perancis menutup lapangan terbang di bandar Montpellier kelmarin, selepas sebuah pesawat kargo merempuh landasan sebelum terjunam ke dalam sebuah tasik berdekatan, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Bahagian hadapan pesawat pengangkut kargo West Atlantic jenis Boeing 737 condong ke dalam tasik dengan bahagian belakangnya terkandas di darat. 

Ketiga-tiga kru pesawat tersebut berjaya menyelamatkan diri selepas nahas tanpa mengalami sebarang kecederaan, kata pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa bandar di wilayah Herault itu berkata, Lapangan Terbang Montpellier ditutup kepada pesawat penumpang dan kargo sehingga notis selanjutnya dikeluarkan sebagai langkah keselamatan dan sehingga sebuah firma khusus mengalihkan pesawat tersebut.

“Kami tidak akan membuka lapangan terbang selagi pesawat itu berada di landasan dan siasatan belum selesai.

“Selepas pesawat itu dialihkan, landasan juga akan diperiksa dengan teliti,” kata sumber lapangan terbang yang enggan namanya didedahkan.

Sekitar 21 penerbangan komersial dijadualkan pada hari kejadian di lapangan terbang tersebut dengan situasi pada musim puncak menyaksikan kunjungan sehingga 197,000 penumpang sebulan.

Menurut laman web Lapangan Terbang Montpellier, penerbangan lain telah dibatalkan atau dialihkan ke bandar Marseille. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI