fbpx

P. Pinang catat peningkatan kes demam denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTIVITI kawalan vektor yang melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan antara tindakan yang dijalankan di Pulau Pinang bagi mencegah denggi.

GEORGE TOWN – Jumlah kes demam denggi di Pulau Pinang meningkat sebanyak 93.2 peratus iaitu 595 kes sehingga 24 September lalu berbanding tempoh sama pada tahun 2021 yang mencatatkan 308 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ma’arof Sudin berkata, bagaimanapun tiada kematian membabitkan kes denggi dicatatkan pada tahun ini.

”Sehingga kelmarin, bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di Pulau Pinang adalah sebanyak 595 kes.

”Jumlah kes pada tahun ini meningkat sebanyak 93.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021 (308 kes),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi kejadian wabak denggi pula, sehingga kelmarin sebanyak 42 wabak dilaporkan, berbanding dengan tujuh wabak pada tempoh yang sama pada 2021.

”Daripada 42 wabak denggi yang dilaporkan, 33 wabak telah tamat manakala sembilan wabak masih aktif,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI