fbpx

Lewat berguru, lambat capai jualan jutaan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDA HASWANI berjaya keluar daripada situasi sosioekonomi yang sukar setelah menyertai latihan dan bimbingan RichWorks.

SHAH ALAM – Tanpa guru dalam perniagaan, bangsa usahawan banyak membuang masa mereka, kata Aida Haswani Abu Hassan.

Menurut pengasas Ai Curtains Home Furnishing Sdn. Bhd. itu, adalah lebih mudah bagi seseorang usahawan mencapai jualan jutaan ringgit dengan adanya ilmu.

“Kalau dahulu lagi saya tahu ada Mentor Usahawan Datuk Wira Dr. Azizan Osman, mesti dah lama saya capai jualan jutaan ringgit,” ujarnya.

Cerita Aida, dia memulakan perniagaan untuk menggalas tanggungjawab membesarkan adik-adiknya yang masih kecil selepas kematian ibu dan ayah.

“Kalau ada orang hantar tempahan langsir, dapat duit, saya guna. Saya tak tahu nak kira. Jika RM5 yang diberi, RM5 lah yang saya ambil,” kongsinya.

Setelah adik-adiknya berjaya memulakan hidup sendiri, Aida berdepan dengan ujian kedua apabila suaminya yang bertugas sebagai pegawai bank mengambil keputusan berhenti kerja.

“Saya fikir di mana saya nak cari duit. Itu moment perubahan saya. Tekanan yang dihadapi ketika itu sangat teruk,” katanya.

Ekoran situasi itu, sepupu Aida memberi cadangan kepadanya supaya mengikuti program anjuran RichWorks.

“Selepas mengikuti program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Millionaire Marketing Mastery (MMM), saya mencapai jualan RM1 juta pertama pada 2017.

“Pada hujung 2018 saya diterima masuk dalam program pementoran Titan dan mencapai jualan RM3.1 juta pada 2021,” jelasnya.

Bagi yang mahu mendapatkan maklumat lanjut produk dan perkhidmatan ditawarkan anda boleh ke Instagram ai_curtains.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI