fbpx

Isteri terperanjat kekasih gelap suami mohon restu untuk berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok yang memaparkan kisah seorang isteri yang membongkar kecurangan suaminya. - TikTok

JAKARTA – Hancur hati seorang wanita di Legok, Tangerang Banten apabila melihat perbuatan curang suaminya di depan mata semasa mengekori lelaki itu bertemu kekasih baharu, lapor laman berita Wolipop semalam.

Menerusi rakaman video di akaun TikTok @momzaven, dia menjelaskan menemani sepupunya untuk membongkar perbuatan suami wanita itu yang bermain kayu tiga.

“Hari ini, saya menemani sepupu saya untuk membuktikan dengan mata sendiri bahawa suaminya berlaku curang dengan wanita lain.

“Pada mulanya, dia enggan percaya, namun apabila melihat motosikal suaminya di hadapan rumah seorang wanita, barulah dia sedar dia sudah diduakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, @momzaven juga memberitahu bahawa sepupunya ada bertemu dengan kekasih suaminya dan meminta penjelasan tentang hubungan mereka.

“Sepupu saya tidak menyangka bahawa wanita itu seperti tiada perasaan malu, malah memohon restu daripada  isteri pertama agar membenarkan suaminya berkahwin dengannya.

“Ternyata dia tidak takut atau kisah hubungan sulit mereka dibongkar oleh isteri sebenar,” ujarnya.

Sehingga kini, video tersebut telah berjaya menarik lebih 1.3 juta tontonan dan menerima pelbagai komen memberi sokongan kepada  isteri pertama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI