fbpx

Ibu jual anak 6 tahun demi kasut dan wang tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Thomas S. Foley di Spokane, Washington. – Google Map

WASHINGTON – Seorang wanita di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS) dihukum penjara 23 tahun kerana menjual anak perempuannya yang berusia enam tahun kepada seorang lelaki yang dikenali secara online sebagai pertukaran kepada kasut dan sejumlah wang tunai, lapor akhbar New York Post semalam.

Kylie Ruby Flores, 31, menjual anak perempuannya kepada seorang lelaki yang dikenali di laman temu janji, Plenty of Fish dengan menerima kasut Nike baharu, wang tunai dan tempat tinggal sebagai bayaran, kata pendakwa raya persekutuan.

Flores dan Trever Harder yang merakam dirinya memperkosa mangsa di apartmennya telah mengaku bersalah, demikian menurut Pejabat Peguam AS untuk Daerah Timur Washington.

“Fakta kes menunjukkan penderaan seksual yang paling mengerikan dilakukan terhadap kanak-kanak itu. 

“Hukuman dijatuhkan hari ini (semalam) adalah penting tetapi penting juga untuk mengingati bahawa hukuman terhadap Flores adalah lebih ringan daripada kesan sepanjang hayat yang ditanggung kanak-kanak itu,” kata peguam, Vanessa Waldref dalam satu kenyataan Rabu lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan penderaan itu antara 2 Februari hingga 26 Julai tahun lalu. Mangsa dapat menggambarkan penderaan yang dia hadapi ketika dalam cengkaman Harder. 

Lelaki itu memasang kamera pada pokok di apartmen untuk merakam tindakannya memperkosa kanak-kanak itu di atas sofa, kata pendakwa raya. Pihak berkuasa kemudian merampas video yang dirakam pada Julai lalu. 

Harder sedang menunggu hukuman selepas mengaku bersalah, kata pegawai.

Hubungan mangsa dengan Flores tidak didedahkan oleh pihak berkuasa tetapi Jurucakap semakan mengenal pasti dia sebagai anak perempuan Flores. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI