fbpx
IMEJ satelit dirakam pada 31 Mac 2021 menunjukkan fasiliti nuklear Sanjarian di timur ibu kota Iran, Teheran. - MAXAR TECHNOLOGIES/ AFP

Dunia mesti guna kekerasan jika Iran bina bom nuklear – PM Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Masyarakat antarabangsa perlu menggunakan kekerasan tentera sekiranya Iran membina senjata nuklear, kata Perdana Menteri Israel, Yair Lapid kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin ketika beliau mengulangi sokongan terhadap kewujudan negara Palestin yang ‘aman’.

Israel melakukan ‘serangan’ diplomatik yang sengit sejak beberapa bulan lalu dalam usaha memujuk Amerika Syarikat (AS) dan kuasa Eropah utama seperti Britain, Perancis serta Jerman supaya tidak memperbaharui perjanjian nuklear Iran 2015.

Sejak 10 hari lalu, berbilang pegawai mencadangkan supaya perjanjian tersebut tidak diperbaharui sehingga sekurang-kurangnya pertengahan November ini, manakala Lapid cuba menggunakan masa yang ada untuk mendesak Barat melaksanakan pendekatan lebih tegas dalam rundingan dengan Teheran.

“Satu-satunya cara untuk menghalang Iran daripada mendapatkan senjata nuklear adalah dengan meletakkan ancaman ketenteraan di atas meja rundingan. Iran perlu diperjelaskan bahawa sekiranya ia meneruskan program senjata nuklearnya, dunia tidak akan bertindak balas dengan kata-kata tetapi dengan kekuatan bala tentera,” kata Lapid semasa berucap pada Perhimpunan Agung PBB.

Beliau juga tidak berselindung bahawa Israel sendiri akan melancarkan serangan sekiranya ia berasa terancam.

“Kami akan melakukan apa sahaja. Iran tidak boleh dan tidak akan mendapat senjata nuklear,” katanya.

Seorang pegawai AS mengiyakan pendirian Lapid dan Presiden Joe Biden yang sebelum ini berikrar tidak akan membenarkan Iran membina senjata nuklear.

“Diplomasi adalah cara terbaik untuk mencapai objektif itu, bagaimanapun sebagai langkah terakhir, beliau (Biden) akan menggunakan kekuatan tentera jika itu sahaja caranya,” kata pegawai berkenaan yang enggan identitinya didedahkan. – AFP 

 

POPULAR