fbpx
GAMBAR HIASAN

Empat negeri dikenakan amaran ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada petang ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat buah negeri.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan berikutan keadaan hujan lebat serta angin kencang di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak hingga 9 malam ini.

“Amaran itu dikenakan di beberapa daerah di Kelantan seperti di Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Sementara di Terengganu pula, daerah terlibat ialah di Besut, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, amaran tersebut turut dikenakan di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Sementara di Sabah, amaran ribut petir turut melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR