fbpx

4 wilayah Ukraine laksana referendum sertai Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera Rusia dilihat di balkoni di wilayah Luhansk di Ukraine pada 4 Julai lalu. - EPA

KIEV – Empat wilayah di bahagian timur dan selatan Ukraine sepakat untuk mengadakan pungutan suara dalam beberapa hari lagi bagi memutuskan sama ada ia patut menjadi sebahagian daripada Russia atau sebaliknya, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Ketua empat wilayah berkenaan akan mengumpulkan jawapan daripada penduduk tempatan yang akan menentukan arah tuju referendum tersebut.

Wilayah Luhansk, Kherson, Donetsk dan Zaporizhzhia akan mengadakan undian referendum pada hari Jumaat (esok), kata pemimpin wilayah.

Keempat-empat kawasan itu menempatkan populasi pemisah pro-Russia yang ramai terutamanya Luhansk dan Donetsk, yang dikenali secara kolektif sebagai Donbas. 

Moscow mempunyai separa sokongan di Zaporizhzhia.

“Undang-undang mengadakan referendum telah diluluskan sebulat suara,” kata seorang ahli parlimen Russia seperti dilaporkan agensi berita TASS.

Pungutan suara itu akan berlaku sama seperti lapan tahun lalu apabila ia menggabungkan Semenanjung Crimea, sebahagian daripada bekas Kesatuan Soviet yang dituntut oleh Ukraine antara 1991 hingga 2014.

Penyatuan itu bagaimanapun dikutuk oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa dan Semenanjung Crimea masih tidak diiktiraf sebagai wilayah Russia oleh Barat.

Sementara itu, Kiev mengecam tindakan yang disifatkan sebagai ‘pungutan suara memalukan’, selain berkata ia adalah percubaan terdesak oleh Moscow untuk mengalih tumpuan daripada kejayaan serangan balas Ukraine ke atas tentera Kremlin sejak akhir-akhir ini.

Menteri Hal Ehwal Luar, Dmytro Kuleba mengecam rancangan itu dan menuduh Moscow cuba mencipta alasan untuk mewajarkan lanjutan peperangan yang sudah memasuki bulan ketujuh.

“Referendum palsu tidak akan mengubah apa-apa.

“Russia telah dan kekal sebagai penceroboh yang secara haram menduduki tanah Ukraine. Kami mempunyai hak untuk membebaskan wilayah itu dan akan terus membebaskan mereka walau apa sahaja yang Russia katakan,” kata Kuleba menerusi laman Twitter. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI