fbpx

Peluang Wipers kuasai all-around berpasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEZANE berjaya menduduki tangga pertama bagi apparatus bola yang berlangsung di Gimnasium 3 hari ini. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Kontinjen Wilayah Persekutuan (Wipers) berpeluang mendominasi sukan gimnastik berirama pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Ia berdasarkan persembahan cemerlang ditunjukkan tiga gimnas mereka pada hari pertama acara itu hari ini sekali gus memberi bayangan pingat emas berpasukan mampu menjadi milik Wipers.

Timbalan Pengarah Operasi Kontinjen Wipers merangkap Timbalan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Nabilah Zakaria mengakui, gimnastik berirama antara sukan yang menjadi pertaruhan emas kontinjen Wipers.

“Memang jika diikutkan perkiraan, sasaran kontinjen yang dibuat sebelum ini ialah kami menjangkakan dua pingat emas akan diperoleh daripada gimrama.Esok pingat mula ditawarkan bagi acara all-around berpasukan,” katanya.

Tiga gimnas Wipers mengungguli kedudukan tiga teratas dalam aksi kelayakan apparatus gelang yang juga saingan peringkat akhir bagi acara all-around berpasukan di Gimnasium 3 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Lezane Tan Li Hwe yang merupakan atlet kebangsaan mempamerkan persembahan konsisten dan berjaya menambat hati juri setelah mengumpul 23.800 mata untuk berada di kedudukan pertama.

Mengekori rapat di tempat kedua ialah rakan sepasukannya dalam skuad negara, Valerie Ng Zi Yi yang mengutip 22.800 mata, manakala gimnas ketiga Wipers,
Nur Zhafirah Wong Rudy Kurniawan mencatat 22.250 mata di tangga ketiga.

Bagi apparatus bola, Lezane terus unggul di kedudukan pertama dengan 24.950 mata diikuti Valerie di tempat ketiga (21.900 mata) dan Nur Zhafirah di tempat kelima (20.950 mata).

Dua lagi apparatus, riben dan belantan akan berlangsung esok melengkapkan empat rutin sebelum secara rasminya menentukan juara keseluruhan bagi all-around berpasukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI