fbpx

‘Mini Cooper’ Malaysia harga makin ‘keras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar harga terkini bagi sebuah Perodua Kelisa yang dikongsi di laman sosial.

PETALING JAYA – Ramai kalangan peminat kereta mendakwa harga kereta Perodua Kelisa semakin ‘keras’ dan tidak banyak dijual di kedai kereta terpakai ‘used car’.

Tinjauan Kosmo! di beberapa laman sosial kelab kereta mendapati, harga Perodua Kelisa semakin ‘mencanak’ naik dan sukar untuk mendapatkan kereta tersebut di bawah harga RM10,000 ketika ini.

Jika pun ada harga di bawah RM10,000, kondisinya agak teruk dan perlu dibaiki atau dicat semula.

Menjengah ke ruangan komen peminat kereta tersebut, mereka mendakwa harga kereta itu kini semakin mahal kerana ia sangat efisyen untuk pemanduan sama ada di bandar mahupun di kampung-kampung.

Menurut mereka, kereta terbabit jimat minyak, senang ‘parking’, alat ganti murah, serta binaan ‘badan’ kereta yang kelihatan lebih tegap dan kukuh berbanding model gantiannya sama ada Perodua Viva mahupun Perodua Axia.

Dakwa pengguna lagi, bagi alat ganti pula, kebanyakan alat gantinya senang diperolehi, murah dan banyak kedai potong (halfcut) menjualnya.

Maka kata pengguna, tidak hairanlah kenderaan yang menjadi jolokan ‘Mini Cooper’ Malaysia ini kini semakin laku di pasaran ketika ini.

Berkongsi pengalaman menggunakan kenderaan itu, seorang pengguna dikenali sebagai Abu K-car berkata, dia telah menggunakan kereta tersebut hampir 10 tahun.

Katanya, kereta ini tidak pernah mendatangkan banyak masalah kepadanya dan hanya perlu selenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

“Macam alat ganti pula senang dapat, harganya pun murah, ‘halfcut’ pun banyak jual. Bagi saya kereta ini paling senang ‘jaga’ dan tidak banyak ‘ragam’.

“Sebab itu kereta ini cepat laku kalau jual sampai kedai ‘used car’ pun jarang jumpa model ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI