fbpx

Lelaki ‘DIY’ kipas mudah alih solar sejukkan kepala semasa berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Lalluram menjadi tular di laman Twitter kerana kreativitinya dalam usaha mencari rezeki. - Twitter

NEW DELHI – Seorang warga emas berusia 77 tahun dari negeri Uttar Pradesh, India menjadi sensasi internet apabila mencipta kipas berkuasa solar buatan sendiri untuk meredakan serangan haba akibat cuaca panas melampau, lapor laman India Today semalam.

Penjual kalungan bunga, Lalluram, memakai helmet yang dilekatkan dengan kipas mudah alih setiap kali keluar untuk berniaga di sekitar daerah Lakhimpur Kheri.

“Pekerjaan ini memerlukan saya berjalan dari rumah ke rumah untuk menjual bunga dan cuaca panas terik menyebabkan saya sering jatuh sakit.

“Apabila saya sakit, sumber pendapatan keluarga juga terjejas. Oleh itu, saya nekad mencipta kipas ini hasil daripada meminjam barangan terpakai daripada kenalan,” jelas Lalluram.

Menurutnya, kipas solar itu memberikan sedikit kelegaan apabila terpaksa berjalan di bawah matahari.

“Saya orang miskin dan tidak mempunyai duit untuk membeli kipas mudah alih yang ada di pasaran. Kipas binaan ini sahaja yang boleh saya gunakan untuk bekerja,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI