fbpx

Polis siasat kes cubaan culik budak di Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua wanita yang didakwa cuba menculik kanak-kanak di sebuah pusat peranginan baru-baru ini.

BENTONG – Polis memulakan siasatan dalam kes video tular yang mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh seorang perempuan warganegara asing di Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis akan mengambil keterangan daripada pemilik akaun Tik Tok yang menyiarkan video berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian.

“Setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada pihak terlibat (keluarga mangsa) tetapi pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 berhubung video yang tular.

“Polis memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Semalam tular dalam media sosial seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands di sini.

Menurut Zaiham polis masih mengumpul maklumat mengenai dakwaan kejadian itu sebelum sebarang keputusan bagi membuka kertas siasatan lanjut.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 20 saat melalui akaun Tik Tok ‘@ALFITRY_AZMI52’ yang dimuat naik dalam Facebook Daily Traffic Report memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh seorang warganegara asing.

Dakwaan mengenai kejadian itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat terhadap keselamatan anak-anak mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI