fbpx

Jubah Bidadari Syurga untuk wanita bersaiz besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nooraini (kanan) bersama model menunjukkan jubah dan khimar keluaran syarikat di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bidadari Syur­ga Trading (Bidadari ­Syurga) melengkapi pasaran jualan jubah tempatan untuk memenuhi keperluan wanita bersaiz besar malah dijual pada harga mampu milik.

Pengasas syarikat, Datuk Nooraini Kamaruddin berkata, kain berkualiti tinggi dengan menggunakan fabrik creepe itu sangat bersesuaian digunakan oleh wanita sebagai pakaian harian kerana lembut dan sejuk serta tidak perlu digosok.

Menurut beliau, jubah yang dijual pada harga serendah RM80 sepasang itu turut mesra muslimah dan juga mesra solat.

“Kami mengunjurkan jualan untuk jubah dan khimar yang dilancarkan kini boleh mence­cah kepda 1,000 pasang sebulan,” katanya kepada pembe­rita selepas majlis pelancaran jubah dan khimar Bidadari ­Syurga diinspirasikan oleh Noura Kay Fashion di sini baru-baru ini.

Noura Kay Fashion adalah salah satu cabang kumpulan perniagaan di bawah Bidadari Syurga selain disokong oleh beberapa segmen perniagaan berkaitan kosmetik, produk wangian dan juga produk penjagaan kecantikan.

Nooraini menjelaskan, fesyen jubah yang dihasilkan daripada ideanya sendiri telah mendapat sambutan mengga­lakkan daripada pengedarnya di seluruh negara.

“Koleksi terbaharu ini bakal memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita memiliki jubah berkualiti tinggi pada harga berpatutan selain mendorong mereka menjadi pengedar untuk menjana tambahan pendapatan.

“Khimar juga jadi pilihan kami untuk memenuhi keperluan wanita masa kini dan koleksi yang mudah dipakai itu menawarkan empat warna menarik serta kualiti kain yang dibuat daripada fabrik heavy chiffon yang tidak panas serta tidak jarang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI