fbpx

Ibu bapa tergamak saman anak enggan beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa kandung Zhang muncul secara tiba-tiba dan meminta dia membelikan sebuah apartmen untuk saudara lelaki kandungnya. – SCMP

BEIJING – Sepasang suami isteri di China yang mengabaikan anak mereka sejak berusia dua tahun, muncul semula secara tiba-tiba bagi meminta dia membelikan sebuah rumah kepada saudara lelakinya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Zhang  yang kini berusia 29 tahun,  diserahkan kepada ibu saudaranya untuk dijaga sejak kecil kerana ibu bapanya dikatakan tidak berkemampuan.

Sejak itu, mereka tidak menghubungi Zhang. Gadis itu malah menganggap keluarga ibu saudaranya sebagai keluarga kandungnya sendiri.

Baru-baru ini, dia menggunakan sebahagian daripada wang simpanannya untuk membeli sebuah rumah kepada sepupunya yang merupakan anak kepada ibu saudara yang menjaganya.

Kebaikannya membuatkan ibu bapa kandungnya muncul secara tiba-tiba dan meminta Zhang membelikan sebuah apartmen untuk adik-beradik kandungnya.

Akhbar Shandong Business Daily melaporkan bahawa ibu bapa kandung Zhang meminta dia membantu anak lelaki mereka yang mempunyai masalah kewangan.

Namun, apabila dia enggan berbuat demikian, mereka bertindak menyaman Zhang dan meminta wang berjumlah 500,000 yuan (RM324,914) sebagai bayaran ‘nafkah ibu bapa’.

Mahkamah di China baru-baru ini mengeluarkan perintah yang mencetuskan kontroversi dengan menyatakan bahawa meskipun Zhang tidak mempunyai kewajipan untuk memberi hartanah atau membiayai saudara lelakinya, dia secara undang-undang diwajibkan memberi bantuan kewangan kepada ibu bapanya.

Di China, ketaatan anak kepada ibu bapa amat dititikberatkan, dan undang-undang jelas menggariskan bahawa semua anak yang sudah dewasa mempunyai tanggungjawab untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada ibu bapa kandung mereka. Ia tidak kira sama ada ibu bapa tersebut melaksanakan kewajipan sebagi ibu dan bapa, atau sebaliknya.

Dalam kes tersebut, mahkamah memerintahkan agar Zhang berbincang dengan ibu bapa kandungnya dan menyelesaikan urusan mengenai jumlah yang perlu dibayar sebagai nafkah.

“Mujur Zhang tidak membesar dalam keluarga asalnya. Mereka amat teruk,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI