fbpx

55 tan daging kerbau tanpa tulang dari India dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAGING kerbau tanpa tulang yang dirampas di Pelabuhan Kuantan hari ini

KUANTAN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas sebanyak 55 tan daging kerbau tanpa tulang sejuk beku dari India yang dibawa masuk ke negeri ini di Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.

Menurut kenyataan Maqis, daging dianggarkan bernilai RM871,000 itu dirampas kerana mempunyai maklumat yang mengelirukan dalam pengimportan bahan dagangan.

“Modus operandi yang dilakukan adalah dengan mengisytiharkan maklumat permit yang tidak sama dengan sijil halal dan sijil kesihatan veterinar.

“Barang dagangan tersebut ditahan untuk tindakan lanjut,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana memberikan maklumat yang mengelirukan dalam pengimportan di bawah Akta ini.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Maqis akan terus memperketatkan kawalan sempadan dan tiada kompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari luar negara bagi memastikan keluaran pertanian mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI