fbpx

Himpunan 10,000 bangsa usahawan hujung Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program 10x Bina Bisnes Berjaya anjuran RichWorks pada Jun lalu berjaya menghimpunkan ribuan usahawan.

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menjemput bangsa usahawan untuk menyertai himpunan 10,000 bangsa usahawan dalam program 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) pada hujung Oktober depan.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, himpunan tersebut yang menyasarkan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tidak hanya menyediakan latihan serta bimbingan, malah peluang untuk mereka membina networking antara satu sama lain.

“Mereka bukan sahaja dapat belajar dengan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, malah bersama usahawan-usahawan jutawan lain di bawah bimbingan RichWorks.

“10XBBB buat kali ketiga ini akan memberikan bangsa usahawan keyakinan untuk terus maju ke depan meskipun berdepan pelbagai cabaran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Radz menambah, usahawan bakal turut dikongsikan dengan panduan dan strategi yang perlu difokuskan pada masa ini.

“Dr. Azizan akan menunjukkan peserta bagaimana mahu membuatkan bisnes mereka dapat bertahan dalam cabaran sedia ada dan yang bakal mendatang.

“Sebagai usahawan, mereka tak boleh lari daripadanya dan melalui ilmulah mereka dapat mendepani cabaran dengan betul,” jelasnya.

Untuk keterangan lanjut, usahawan boleh melayari laman web www.binabisnesberjaya.com atau imbas kod QR tertera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI