fbpx

Perbincangan PBM sertai BN masih berjalan – Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZURAIDA Kamaruddin (duduk, depan) menunjukkan tag pokok yang ditanam sempena Majlis Penanaman Pokok Sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022 di Stesen Penyelidikan FRIM di Selandar, Melaka.

JASIN – Perbincangan penyertaan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dalam Barisan Nasional (BN) masih berjalan, kata Presiden Pengganti, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, cakap-cakap berhubung penolakan PBM dalam gabungan parti politik itu tiada dalam pengetahuan beliau setakat ini.

Kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu lagi, fokus beliau kini adalah untuk memperkukuhkan parti.

“Saya tidak dimaklumkan perkara itu dan tiada dalam rekod saya. Apa yang saya boleh katakan saya tidak tahu.

“Saya move on (teruskan). Perbincangan berjalan dengan baik dan positif, jadi saya bekerja saja untuk memperkukuh parti saya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penanaman Pokok di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan permohonan PBM untuk menyertai BN masih tergantung meskipun telah menyerahkan borang permohonan.

Pada masa sama, beberapa pemimpin BN dan UMNO turut bersuara menolak penyertaan PBM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI