fbpx

Thailand mahu bina jambatan ketiga ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sempadan negara Thailand-Malaysia di Rantau Panjang, Kelantan. - Thaiger

BANGKOK – Kerajaan Thailand sekali lagi menyuarakan rancangan untuk membina jambatan baharu menyeberangi Sungai Golok yang akan berfungsi sebagai laluan kedua bagi lintasan sempadan antara negara itu dengan Malaysia, lapor laman Thaiger kelmarin.

Kerajaan Thailand dan Malaysia berharap jambatan yang akan menghubungkan daerah Sungai Golok di wilayah Narathiwat dan negeri Kelantan di Malaysia itu akan meningkatkan hubungan pelancongan serta perdagangan antara kedua-dua negara.

Jambatan baharu itu akan menjadi jambatan ketiga yang dibina merentasi sungai itu. 

Ia akan menyertai ‘Jambatan Harmoni’, yang juga terletak di daerah Sungai Golok dan menghubungkan Rantau Panjang di Malaysia.

Pada bulan lalu, Menteri Luar Thailand,  Don Pramudwinai dan rakan sejawat  dari Malaysia, Datuk Sri Saifuddin Abdullah bersetuju meningkatkan infrastruktur di sempadan untuk membantu mencapai matlamat perdagangan dua hala yang bernilai AS$30 bilion (RM135 bilion) menjelang 2025.

Kedua-dua menteri menyuarakan harapan mereka untuk mempercepatkan pembinaan jalan yang menghubungkan kompleks kastam Bukit Kayu Hitam dan Sadao,

Kedua-dua negara juga mempertimbangkan pembinaan jambatan keempat yang menghubungkan Pengkalan Kubor di Malaysia ke daerah Tak Bai di wilayah Narathiwat.

Namun,  penilaian teliti kawasan dan tinjauan topografi perlu dilakukan sebelum perbincangan boleh diteruskan.

Jambatan baharu itu bertujuan memudahkan perjalanan antara kedua-dua negara di sempadan jalan darat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI