fbpx

Operasi cari warga Georgia terjun laut ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI mencari dan menyelamat mangsa, Shanidze Nodar dilaporkan hilang selepas terjun laut di Tanjung Sedili, Kota Tinggi ditamatkan hari ini.

KOTA TINGGI – Operasi carilamat seorang kru kapal tangki warga Georgia yang hilang pada Ahad lalu telah ditamatkan semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, operasi carilamat dengan keluasan sektor pencarian seluas 747.22 batu nautika persegi telah ditamatkan pukul 7.30 petang.

Katanya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira faktor tolakan arus dan tidak menolak kemungkinan mangsa telah hanyut ke perairan jiran di Kepulauan Anambas, Indonesia.

“Pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia telah dimaklumkan dan akan berkongsi maklumat sekiranya terdapat penemuan
mangsa di perairan Indonesia.

“Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru merakamkan penghargaan kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin serta komuniti maritim yang terlibat di dalam operasi carilamat ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, mangsa, Shanidze Nodar, 22, yang berkerja sebagai kelasi di sebuah kapal tangki disyaki telah terjun laut di kedudukan 43.7 batu nautikal timur laut Tanjung Sedili.

Lelaki itu kali terakhir dilihat di atas kapal pada 10 September lalu berpakaian baju dan berseluar pendek berwarna hitam.

Pencarian telah dilakukan di atas kapal oleh kru-kru kapal namun gagal menemui mangsa ekoran itu pihak MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan operasi carilamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI