fbpx

Lelaki OBB hilang ditemui mati akibat kencing tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OBB yang dilaporkan hilang semasa bekerja sebagai buruh di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang lelaki berstatus Orang Bebas Berlesen (OBB) yang dilaporkan hilang semasa bekerja sebagai buruh di pusat bandar ini kelmarin disahkan meninggal dunia akibat penyakit kencing tikus semalam.

Lelaki berusia 37 tahun yang berasal Gua Musang, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.50 petang semasa dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, sebelum meninggal dunia, lelaki itu menerima rawatan di Hospital Machang dekat sini akibat demam panas pada pukul 5 petang kelmarin.

Menurutnya, OBB itu kemudian dipindahkan ke HSIP untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia.

“Jenazah mangsa sudah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

“Selain itu, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki yang merupakan OBB dipercayai hilang semasa sedang bekerja sebagai buruh bersama tiga rakannya di pusat bandar ini semalam.

OBB itu telah menjalani hukuman penjara selama 10 bulan atas kesalahan dadah disedari hilang di tempat kerjanya kira-kira pukul 5 hingga 6 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI