fbpx

Terlalu baik, Shah Rukh Khan tak jadi dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

PELAKON tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan mendedahkan pernah hampir menjadi mangsa bunuh oleh kumpulan gengster terkenal India, Abu Salem, namun dilepaskan kerana sikapnya yang dilihat terlalu baik.

Ujar aktor berusia 56 tahun itu, dia dihubungi Abu Salem yang mengancam untuk membunuhnya gara-gara menolak tawaran lakonan sebuah filem.

“Produser filem tersebut merupakan kenalan kepada Abu Salem. Saya terpaksa menolak tawaran berlakon dalam filem itu kerana sedang menjalani penggambaran Dil To Pagal Hai,” kata Shah Rukh Khan.

Gara-gara itu, Abu Salem yang juga merupakan individu bertanggungjawab menembak pelakon Bulshan Kumar tidak menyukai Shah Rukh Khan dan mengancam untuk membunuhnya.

Bagaimanapun, hasrat Abu Salem tidak kesampaian selepas dia ‘membuang’ nama pelakon itu daripada senarai untuk dibunuh kerana kebaikan, kejujuran dan komitmen pelakon itu dalam pekerjaan yang dicintai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI