fbpx

Lega tak perlu asing gaji beli pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Pengumuman Kementerian Pendidikan mengenai pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing sememangnya ditunggu-tunggu.

Lebih dua tahun kita hidup dengan Covid-19 sama juga kita keluar bersama pelitup muka setiap hari.

Sudah tentu bajet untuk membeli pelitup muka juga besar terutama bagi keluarga yang mempunyai anak lebih dua orang.

Jika dihitung, kalau keluarga yang mempunyai isi rumah empat orang dan ibu bapa bekerja sekurang-kurangnya RM200 sebulan, terpaksa dikeluarkan untuk membeli pelitup muka.

Pelitup muka bagi seorang anak memerlukan dua keping sehari kerana mereka akan ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Bayangkan anak lebih dua orang, memang besar bajet itu.

Jadi pengumuman pemakaian pelitup muka sebagai pilihan dan bukan lagi diwajibkan sudah tentu membuatkan ada isi rumah yang lega bagi yang bajet ciput tiap bulan.

Namun, pandangan peribadi penulis, murid-murid sekolah masih perlu memakai pelitup muka bagi mengelakkan penyakit berjangkit lain terutama selapas cuti sekolah seminggu lalu.

Masih ingat lagi ketika cuti sekolah sebelum ini, klinik-klinik penuh dengan pesakit influenza. Sekolah juga hampir separuh murid-murid tidak hadir sekolah kerana jangkitan itu.

Jangan pula penyakit berjangkit itu sekali lagi menjadi gelombang minggu ini disebabkan ramai tidak pakai pelitup muka.

Rata-rata komen di posting berita Facebook Kosmo! Online mengenai pelitup muka itu membuatkan penulis lega apabila ribuan komen ibu bapa mahu anak-anak mereka kekal memakai pelitup muka di sekolah.

“Sudah serik hari tu, anak sorang-sorang masuk wad kena influenza, tolong ibu bapa kekalkan anak pakai mask,” tulis seorang ibu di Facebook Kosmo! Online.

Ibu bapa telah sedar dengan memakai pelitup muka boleh mengurangkan penularan jangkitan penyakit-penyakit selepas peralihan fasa endemik Covid-19.

Disebabkan pemakaiannya di sekolah bukan lagi satu kemestian, apa yang penting sekarang adalah kesedaran ibu bapa sahaja sekarang.

Jika tiada kesedaran, anak-anak bergejala tetap dihantar ke sekolah. Perkara ini memang berlaku terutama murid-murid di tadika yang selalu menjadi tempat kluster Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) sehingga terpaksa di tutup dan sanitasi.

Hendak harapkan guru memeriksa suhu panas sejuk murid-murid setiap hari memang sukar. Jika tiada kesedaran kita dianggap tidak pernah ambik apa-apa pengajaran dua tahun harungi pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI