fbpx

Geng Pendang aktif pecah rumah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Radzi (kanan) menunjukkan topeng muka yang digunakan suspek kes pecah rumah di IPD SPU di sini hari ini. /FOTO SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Geng Pendang yang bergiat aktif dalam kes pecah rumah di sekitar Seberang Perai sejak awal tahun ini tumpas apabila empat lelaki tempatan ditahan menerusi Op Pintu di Kedah pada 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, keempat-empat suspek yang berusia lingkungan 29 sehingga 39 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di Pendang, Sungai Petani dan Alor Setar di Kedah.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, kita menemui pelbagai barangan antaranya beg tangan berjenama, wang tunai, telefon bimbit, peralatan pecah rumah dan kereta sewa Perodua Bezza yang digunakan untuk aktiviti pecah rumah.

“Susulan tangkapan itu, polis berjaya menahan seorang pemilik kedai emas berusia 52 tahun di Alor Setar yang mengakui membeli dan meleburkan barangan kemas yang dijual keempat-empat suspek,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, menerusi tangkapan itu pihaknya berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah di daerah terbabit.

“Semakan mendapati kesemua suspek memiliki rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah dan telah direman bermula Ahad lalu sehingga Khamis ini,”ujarnya- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI