fbpx

Antigua dan Barbuda mahu keluar, jadi republik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Browne merancang untuk mengadakan referendum mengenai sama ada negara itu akan menjadi republik dalam tiga tahun akan datang. – Getty Images

SAINT JOHN’S, Antigua dan Barbuda – Perdana Menteri Antigua dan Barbuda, Gaston Browne menyatakan bahawa negara rantau Caribbean itu akan mengadakan pungutan suara rakyat mengenai rancangan untuk menjadi sebuah republik sekali gus menolak Raja Charles III sebagai ketua negara dalam masa beberapa tahun akan datang.

Menurut stesen penyiaran CNN, bekas tanah jajahan Britain itu memperoleh kemerdekaan dari London pada 1981. Bagaimanapun, ia merupakan satu daripada 14 negara di dunia di mana monarki Britain merupakan ketua negara.

Antigua dan Barbuda juga merupakan sebahagian daripada negara Komanwel yang terdiri daripada 15 negara anggota dengan kebanyakan negara merupakan bekas tanah jajahan Britain.

Bagaimanapun, selepas Raja Britain yang baharu ditabal, Raja Charles III diumum sebagai Raja Antigua dan Barbuda Sabtu lalu, Browne berkata, kerajaannya merancang untuk mengadakan referendum mengenai sama ada negara itu akan menjadi republik dalam masa  tiga tahun akan datang.

“Perkara ini perlu diputuskan secara pungutan suara bagi memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan.

“Ini bukan tindakan untuk bermusuh atau mewujudkan perbezaan antara Antigua dan Barbuda serta sistem beraja,” katanya.

Tambah Browne, tindakan tersebut merupakan langkah terakhir bagi melengkapkan kitaran kemerdekaan untuk menjadi sebuah negara yang berdaulat sepenuhnya.

Isu tersebut mula dibangkitkan pada Mac lalu apabila sistem monarki Britain meneruskan peranannya di wilayah itu selepas Putera William dan Kate Middleton yang ketika itu bergelar Duke and Duchess of Cambridge, melawat tiga negara Komanwel iaitu Belize, Jamaica dan Bahamas.

Lawatan tersebut terpalit dengan beberapa isu, di mana mereka dimaklumkan oleh Perdana Menteri Jamaica bahawa negara itu sedang bergerak ke hadapan dan mencapai cita-cita sebenarnya untuk merdeka.

Tahun lalu, Barbados memutuskan  hubungan monarki dengan Britain apabila mengisytiharkan negara itu sebagai republik. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI