fbpx
Lelaki berkenaan memberikan wang belanja bulanan sebanyak 350,000 rupiah (RM106) kepada isterinya. - Unsplash

Suami mengadu isteri boros habiskan wang belanja RM100 dalam 25 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah hantaran media sosial menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen di Indonesia kerana memaparkan luahan hati seorang lelaki yang merungut mengenai sikap ‘boros’ isterinya yang didakwa menghabiskankan duit belanja bulanan sebanyak 350,000 rupiah (RM106) dalam masa 25 hari.

Menurut portal berita Wolipop, lelaki berkenaan berkata, dia berasa marah kerana isterinya menghabiskan wang sejumlah itu dalam masa hanya 25 hari sedangkan ia merupakan duit belanja untuk digunakan selama sebulan.

“Diberi duit belanja 350,000 rupiah (RM106), baru 25 hari sudah habis digunakan sedangkan itu duit bulanan.

“Sebagai suami, saya hairan bagaimana dia membelanjakan wang secara boros begitu. Apabila ditanya ke mana habisnya duit, dia marah, mengamuk, mengugut, mogok enggan masak dan macam-macam lagi.

“Boros dan cepat naik marah. Wajarkah kalau saya cari pengganti atau berkahwin lagi,” kata lelaki berkenaan.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Anda fikir barang kelengkapan atau makanan murah sekarang? Cuba fikir, sekarang ini tahun berapa, semua barangan sudah naik harga. Cuba anda jadi suri rumah dan pergi ke pasar,” kata seorang netizen.

“Semoga semua wanita dijauhkan dengan lelaki seperti ini,” kata seorang lagi pengguna. – Agensi 

POPULAR

BERITA BERKAITAN