fbpx

PM minta KKM bagi rawatan terbaik kepada Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan rawatan terbaik diperlukan Datuk Seri Najib Razak berikutan status terkini keadaan kesihatan beliau.

Perdana Menteri berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Najib dan mengarahkan KKM memberikan rawatan terbaik.

“Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Razak. Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan terbaik diperlukan beliau. Saya doakan beliau diberikan kesihatan baik,” ciapnya ringkas dalam satu hantaran Twitter tadi.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Najib dilaporkan berada dalam keadaan sihat ketika dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 9 September lalu.

Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat lalu sebagai kes elektif (bukan kecemasan) bagi memastikan kesihatan beliau berada pada tahap baik dan optimum. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI