fbpx

Nidzam nikmati kemenangan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HTET AUNG (kanan) muncul wira Selangor FC apabila meledak gol kemenangan ketika mengatasi Sabah 3-2 pada aksi di Stadium Likas kelmarin. – FB SELANGOR FC

SELEPAS merekodkan kemena­ngan pertama sejak dilantik sebagai pengendali Selangor, Nidzam Jamil kini berdepan cabaran untuk mengekalkan mentaliti juara dalam setiap diri pemain.

Dalam dua aksi terakhir yang dilalui, Nidzam mula mengha­dirkan kelainan buat Gergasi Merah apabila mengikat juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 dan menewaskan Sabah 3-2 di Stadium Likas, kelmarin.

“Sudah pasti (akan ada andaian) apabila lawan pasukan di tangga pertama dan kedua, semua orang jadi ‘gila’, tapi ketika menentang pasukan lebih bawah kita akan jadi biasa-biasa.

“Inilah cabarannya. Sudah pasti kalau kita main liga sosial sekali pun, kalau kita menentang pasukan lebih baik, sudah pasti permainan kita juga akan me­ningkat.

“Sebab itu cabaran sekarang adalah untuk kekalkan mentaliti sama. Setiap minggu, kita perlu pastikan pasukan berada di tahap terbaik,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Selangor mempamerkan sema­ngat juang cukup tinggi apabila mendahului dua gol menerusi Mukhairi Ajmal dan Brendan Gan, namun Baddrol Bakhtiar serta Jose Embalo kembali me­nyamakan kedudukan.

Ketika aksi masih lagi berbaki 14 minit sebelum berakhir, pemain import dari Myanmar, Hein Htet Aung muncul wira dengan menyumbangkan gol ketiga buat Selangor.

“Ini adalah perlawanan bola sepak yang cukup bagus daripada kedua-dua pasukan. Susah untuk melihat kebangkitan jika sudah ketinggalan 2-0 namun sepanjang perlawanan ini, ke­dua-dua pasukan tidak pernah ragu untuk menyerang serta bertahan.

“Pemain bekerja keras. Selepas seri dengan JDT, semua mahu kekalkan momentum dan dalam bola sepak, jika mahu dapatkan keputusan emosi seperti inilah yang perlu dikekalkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI