fbpx

Cacar monyet boleh menyebabkan kerosakan neurologi, radang otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebilangan kecil pesakit cacar monyet menjadi sangat tidak sihat dan mengalami masalah neurologi yang serius. - Dotted Yeti/Shutterstock

LONDON – Satu kajian mendedahkan bahawa pesakit cacar monyet berisiko mengalami komplikasi neurologi atau gangguan mental seperti yang dialami oleh pesakit cacar, lapor laman berita Ifl Science.

Laporan itu diterbitkan dalam jurnal eClinicalMedicine.

Sebilangan kecil pesakit cacar monyet (dua hingga tiga peratus) menjadi sangat tidak sihat dan mengalami masalah neurologi serius termasuk sawan dan ensefalitis iaitu keradangan otak yang boleh menyebabkan hilang upaya jangka panjang.

Pengkaji mendapati kecelaruan juga berlaku dalam bilangan orang yang sama. Penting untuk difahamkan bahawa angka itu berdasarkan beberapa kajian dengan bilangan peserta yang sedikit.

Pengkaji turut menemui bukti pesakit cacar monyet daripada kumpulan yang lebih besar mengalami gejala neurologi yang lebih biasa termasuk sakit kepala, sakit otot dan keletihan.

Tidak jelas mengenai bilangan pesakit yang mempunyai masalah psikiatri seperti kebimbangan dan kemurungan kerana hanya beberapa kajian dijalankan. 

Walaupun gejala neuropsikiatri direkodkan daripada pesakit cacar monyet, kertas kajian itu tidak dapat menyatakan dengan pasti bahawa virus itu menjadi punca kepada masalah berkenaan.

Penyelidikan itu memberi tumpuan kepada bukti daripada kes sebelum wabak cacar monyet semasa. 

Kebanyakan pesakit adalah dari barat Afrika dan mereka yang dimasukkan ke hospital manakala wabak semasa kebanyakannya menjejaskan Amerika Utara dan Eropah Barat – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI